Monday 10 October 2011

Sejarah Kelas LInus Di sekolah--Darjah 1C

Saya merupakan guru yang menghadiri kursus p&p Program Linus di sekolah.
 Oleh yang demikian, saya  merupakan guru kelas 1C.

 Murid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada 22 orang lelaki dan hanya 8 orang perempuan yang terdiri daripada berbilang kaum. Antaranya ialah orang Cina, orang Melayu, orang India, orang Indonesia dan juga orang asli. Oleh yang demikian, adalah sukar untuk saya berkomunikasi dengan mereka. Semasa p&p, saya perlu bertutur dalam bahasa Cina, bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

 Murid-murid dalam kelas ini merupakan murid-murid yang tidak melepasi saringan Literasi dan Numerasi . Mereka lemah dalam Bahasa Melayu dan Matematik. Ada antara mereka tidak dapat dapat mengenal huruf dari A ke Z. Mereka juga tidak erti membuat operasi asas tambah  dan tolak. Secara ringkasnya, mereka tidak menguasai asas membaca, menulis dan mengira.

Ini merupakan cabaran yang besar kepada saya. Selama mengajar 8 tahun disekolah, saya langsung tidak mempunyai pengalaman untuk mengajar kelas Linus.


Pada hari pertama persekolahan, apabila saya masuk ke kelas saya, saya mendapati lebih daripada 5 orang murid yang tidak tahu menulis nama sendiri. Apabila bertanya dengan ibu bapa mereka, murid-murid di kelas saya semuanya ada mengikuti pra sekolah. Terdapat banyak persoalan timbul di hati saya, apakah yang mereka belajar di pra sekolah? Adakah ibu bapa mereka menitikberatkan pelajaran terhadap anak-anak mereka? Adakah mereka akan faham apa yang saya cakap ?

Oleh demikian, semasa menjalankan program transisi di sekolah, saya cuba membuat pemerhatian terhadap anak murid di dalam kelas saya. Melalui pemerhatian, saya mendapati mereka sihat dari segi pendengaran dan pertuturan. Masalah utama mereka ialah tahap penguasaan mereka adalah lemah. Selain itu, peringatan mereka juga tidak sebaik dengan murid-murid yang sama usia dengan mereka.

No comments:

Post a Comment