Friday 9 December 2011

Murid Tahun 2012

Murid kelas LINUS 2012

Saya telah menyediakan kertas soalan Matematik untuk menguji murid tahun 1 yang baru masuk sekolah. Semua murid akan diuji, murid yang tidak lulus akan dimasukkan ke kelas LINUS .

Thursday 1 December 2011

Tahniah kepada pelajar yang berjaya keluar dari kelas LINUS

Pada akhir tahun ini, terdapat 7 orang murid saya berjaya " keluar " dari golongan murid LINUS. Mereka memang ada kemajuan dari banyak segi terutamanya dalam subjek Matematik.

Monday 31 October 2011

Saringan 3

Saringan 3 untuk Numerasi telah dijalankan.
Kelas saya tinggal 2 murid yang berada di arus Linus dan 25 orang murid melepasi saringan 3.
Kedua-dua orang nurid yang tidak melepasi saringan menghadapi masalah pembelajaran. Salah seorang mempunyai surat daripada doktor yang membuktikan IQ dia hanya pada umur 3.

Tuesday 11 October 2011

Murid Cemerlang 1C

Saya akan memberi pujian kepada murid-murid yang baik di dalam kelas dengan menampalkan gambar-gambar mereka di papan kenyataan supaya ia dapat memberi semangat kepada murid lain untuk mencontohi mereka yang baik.
' Saya Murid Yang Baik'

Hasil kerja murid....

Latihan akan diberikan selepas p&p untuk menguji tahap penguasaan murid.
Namun, kurang daripada 50% murid yang dapat menguasai isi pelajaran...
Apakah kelemahan saya semasa menyampaikan p&p??




Buku-buku yang digunakan semasa p&p



Selain daripada menggunakan buku yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran.
 Anak murid saya juga menggunakan buku Linus yang khas untuk tahap mereka.
Latihan dalam buku-buku ini mudah, jelas dan menarik!!





Anak murid saya...


Murid-murid akan berasa bosan  apabila p&p dijalankan hanya dengan ' chalk and talk'.
Jika p&p dijalankan dengan kaedah permainan, mereka berasa gembira dan objektif p&p tercapai.
 Tetapi masalah yang dihadapi ialah masalah disiplin murid-murid.
Emosi mereka susah dikawal.

Monday 10 October 2011

Sejarah Kelas LInus Di sekolah--Darjah 1C

Saya merupakan guru yang menghadiri kursus p&p Program Linus di sekolah.
 Oleh yang demikian, saya  merupakan guru kelas 1C.

 Murid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada 22 orang lelaki dan hanya 8 orang perempuan yang terdiri daripada berbilang kaum. Antaranya ialah orang Cina, orang Melayu, orang India, orang Indonesia dan juga orang asli. Oleh yang demikian, adalah sukar untuk saya berkomunikasi dengan mereka. Semasa p&p, saya perlu bertutur dalam bahasa Cina, bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

 Murid-murid dalam kelas ini merupakan murid-murid yang tidak melepasi saringan Literasi dan Numerasi . Mereka lemah dalam Bahasa Melayu dan Matematik. Ada antara mereka tidak dapat dapat mengenal huruf dari A ke Z. Mereka juga tidak erti membuat operasi asas tambah  dan tolak. Secara ringkasnya, mereka tidak menguasai asas membaca, menulis dan mengira.

Ini merupakan cabaran yang besar kepada saya. Selama mengajar 8 tahun disekolah, saya langsung tidak mempunyai pengalaman untuk mengajar kelas Linus.


Pada hari pertama persekolahan, apabila saya masuk ke kelas saya, saya mendapati lebih daripada 5 orang murid yang tidak tahu menulis nama sendiri. Apabila bertanya dengan ibu bapa mereka, murid-murid di kelas saya semuanya ada mengikuti pra sekolah. Terdapat banyak persoalan timbul di hati saya, apakah yang mereka belajar di pra sekolah? Adakah ibu bapa mereka menitikberatkan pelajaran terhadap anak-anak mereka? Adakah mereka akan faham apa yang saya cakap ?

Oleh demikian, semasa menjalankan program transisi di sekolah, saya cuba membuat pemerhatian terhadap anak murid di dalam kelas saya. Melalui pemerhatian, saya mendapati mereka sihat dari segi pendengaran dan pertuturan. Masalah utama mereka ialah tahap penguasaan mereka adalah lemah. Selain itu, peringatan mereka juga tidak sebaik dengan murid-murid yang sama usia dengan mereka.

Friday 7 October 2011

Pelan Perancangan SJK ( C ) Kheow Bin

1.     Latarbelakang

1.1  Kekuatan
1.1.1    Guru bersemangat tinggi dan bekerjasama untuk menjalankan Program LINUS.
1.1.2    Kebanyakan guru LINUS ialah guru opsyen dengan pengkhususan Bahasa Melayu dan Matematik.
1.1.3    Pembinaan bahan bantu mengajar atas kerjasama semua guru.
1.1.4    Guru yang berpengalaman memberi pandangan serta tunjuk ajar untuk menjayakan Program LINUS.
1.1.5    Persekitaran sekolah yang konduksif.
1.1.6    Sokongan dari pihak pentadbir.

1.2  Kelemahan
1.2.1 Murid LINUS tidak menguasai asas membaca serta mengira.
1.2.2 Bilangan murid LINUS yang ramai.
1.2.3 Sebahagian guru LINUS bukan guru yang beropsyen BM dan
           Matematik.
 1.2.4 Sebilangan kecil murid tidak berminat untuk belajar serta
           ponteng sekolah.
1.2.5 Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pelajaran murid atas
           alasan tidak mempunyai masa dan sibuk.
1.2.6 Kekurangan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian 
           murid.
1.2.7 Guru-guru mempunyai banyak tugasan serta “paperwork”
           seperti mengisi maklumat murid dalam sistem
           SAS,mengendalikan maklumat murid dalam kad kesihatan,kad
            pergigian serta maklumat BMM.

1.3  Peluang
1.3.1    Kerjasama antara guru sangat baik.
1.3.2    Mendapat sepenuhnya sokongan daripada pihak pentadbir.
1.3.3    Menjalankan Program Bacaan Bahasa Melayu.
1.3.4    Menjalankan Program Anak Angkat.
1.3.5    Kelas Khas Bahasa Melayu untuk murid LINUS.


2.     Matlamat Perancangan Strategik
2.1  Memperkenalkan pangajaran dan pembelajaran Literasi &Numerasi
yang berkesan dengan berpusatkan murid.
2.2  Meningkatkan penguasaan kemahiran asas Literasi&Numerasi.
2.3  Mempermudahkan cara-cara yang berkesan bagi murid menguasai konstruk-konstruk yang diuji.
    
3.     Objektif Perancangan Strategik
3.1  Semua murid menguasai konstruk Literasi&Numerasi.
3.2  Bilangan murid LINUS berkurangan dari tahun ke tahun.
3.3  100% murid memasuki kelas Arus Perdana pada tahun 2012.




















Pelan Taktikal ( Tahun 2010)



Bil.
Program
Objektif
Tanggungjawab
Tempoh
1
Program Bacaan
Bahasa Melayu di dewan.
Memastikan semua murid dapat membaca huruf A-Z serta suku kata BM.
1)    Guru besar
2)    Penyelia petang
3)    Penyelaras LINUS
4)    Guru BM

Mac
Hingga Disember

2
Pembinaan Bahan Bantu Mengajar
Menyediakan BBM yang dapat menarik perhatian murid.
1)    Guru BM
Jun
Hingga Oktober

3
Program Anak Angkat
Membantu murid LINUS1-2 menguasai
Konstruk 1-2.

1)    Semua guru sesi petang
Julai
Hingga Disember
4
Pemantauan
Memastikan guru menjalankan P&P untuk program LINUS.
Memberi bimbingan dan cadangan kepada guru.

1)    Guru besar
2)    Penyelia petang
Mac
Hingga Oktober
5
Kursus Dalaman
Menyampaikan maklamat dan hasrat yang disampaikan oleh KPM.
Mempertingkatkan kefahaman guru tentang Program LINUS.

1)    Penyelaras LINUS
2)    AJK LINUS
Ogos




Pelan Operasi

Program Bacaan Bahasa Melayu

                  Memastikan semua murid menguasai bacaan suku kata.
Tempoh  : 12:30-1:00pm
Tempat : Dewan sekolah
Guru yang terlibat : Guru Literasi dan guru yang bertugas.
Kekangan : 1. Motivasi murid untuk belajar rendah.
                    2. Sebahagian murid datang lewat ke sekolah.
                    3. Kekurangan ABM yang sesuai.
                    4. Gangguan ibu bapa atas perjumpaan dengan guru .
Penambahbaikan : 1. Mengadakan sesi soal jawab untuk menarik perhatian  .
                                   2. Memberi ganjaran kepada murid yang menguasai bacaan.


          




Program Anak Angkat

Objektif : Memastikan semua murid LINUS 1-2 dapat menguasai konstruk yang        
                  diuji dalam saringan.                 
Tempoh  : Julai hingga Disember
Tempat : Kelas dan bilik guru
Guru yang terlibat : Semua guru sesi petang.
Kekangan : 1. Motivasi murid untuk belajar rendah.
                    2. Sebahagian murid ponteng sekolah.
                    3. Guru tidak mempunyai masa perjumpaan yang mencukupi.
Penambahbaikan : 1. Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa untuk
                                      meningkatkan pencapaian murid.
                                  2. Mempermudahkan cara p&p untuk meningkatkan
                                      penguasaan murid.













Tahun/BIL. MURID
LINUS 1-2
LINUS 3-9
ARUS PERDANA
2010
10
50
315
2011
5
20
355
2012
0
0
375