Friday 7 October 2011

Pelan Perancangan SJK ( C ) Kheow Bin

1.     Latarbelakang

1.1  Kekuatan
1.1.1    Guru bersemangat tinggi dan bekerjasama untuk menjalankan Program LINUS.
1.1.2    Kebanyakan guru LINUS ialah guru opsyen dengan pengkhususan Bahasa Melayu dan Matematik.
1.1.3    Pembinaan bahan bantu mengajar atas kerjasama semua guru.
1.1.4    Guru yang berpengalaman memberi pandangan serta tunjuk ajar untuk menjayakan Program LINUS.
1.1.5    Persekitaran sekolah yang konduksif.
1.1.6    Sokongan dari pihak pentadbir.

1.2  Kelemahan
1.2.1 Murid LINUS tidak menguasai asas membaca serta mengira.
1.2.2 Bilangan murid LINUS yang ramai.
1.2.3 Sebahagian guru LINUS bukan guru yang beropsyen BM dan
           Matematik.
 1.2.4 Sebilangan kecil murid tidak berminat untuk belajar serta
           ponteng sekolah.
1.2.5 Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pelajaran murid atas
           alasan tidak mempunyai masa dan sibuk.
1.2.6 Kekurangan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian 
           murid.
1.2.7 Guru-guru mempunyai banyak tugasan serta “paperwork”
           seperti mengisi maklumat murid dalam sistem
           SAS,mengendalikan maklumat murid dalam kad kesihatan,kad
            pergigian serta maklumat BMM.

1.3  Peluang
1.3.1    Kerjasama antara guru sangat baik.
1.3.2    Mendapat sepenuhnya sokongan daripada pihak pentadbir.
1.3.3    Menjalankan Program Bacaan Bahasa Melayu.
1.3.4    Menjalankan Program Anak Angkat.
1.3.5    Kelas Khas Bahasa Melayu untuk murid LINUS.


2.     Matlamat Perancangan Strategik
2.1  Memperkenalkan pangajaran dan pembelajaran Literasi &Numerasi
yang berkesan dengan berpusatkan murid.
2.2  Meningkatkan penguasaan kemahiran asas Literasi&Numerasi.
2.3  Mempermudahkan cara-cara yang berkesan bagi murid menguasai konstruk-konstruk yang diuji.
    
3.     Objektif Perancangan Strategik
3.1  Semua murid menguasai konstruk Literasi&Numerasi.
3.2  Bilangan murid LINUS berkurangan dari tahun ke tahun.
3.3  100% murid memasuki kelas Arus Perdana pada tahun 2012.




















Pelan Taktikal ( Tahun 2010)



Bil.
Program
Objektif
Tanggungjawab
Tempoh
1
Program Bacaan
Bahasa Melayu di dewan.
Memastikan semua murid dapat membaca huruf A-Z serta suku kata BM.
1)    Guru besar
2)    Penyelia petang
3)    Penyelaras LINUS
4)    Guru BM

Mac
Hingga Disember

2
Pembinaan Bahan Bantu Mengajar
Menyediakan BBM yang dapat menarik perhatian murid.
1)    Guru BM
Jun
Hingga Oktober

3
Program Anak Angkat
Membantu murid LINUS1-2 menguasai
Konstruk 1-2.

1)    Semua guru sesi petang
Julai
Hingga Disember
4
Pemantauan
Memastikan guru menjalankan P&P untuk program LINUS.
Memberi bimbingan dan cadangan kepada guru.

1)    Guru besar
2)    Penyelia petang
Mac
Hingga Oktober
5
Kursus Dalaman
Menyampaikan maklamat dan hasrat yang disampaikan oleh KPM.
Mempertingkatkan kefahaman guru tentang Program LINUS.

1)    Penyelaras LINUS
2)    AJK LINUS
Ogos




Pelan Operasi

Program Bacaan Bahasa Melayu

                  Memastikan semua murid menguasai bacaan suku kata.
Tempoh  : 12:30-1:00pm
Tempat : Dewan sekolah
Guru yang terlibat : Guru Literasi dan guru yang bertugas.
Kekangan : 1. Motivasi murid untuk belajar rendah.
                    2. Sebahagian murid datang lewat ke sekolah.
                    3. Kekurangan ABM yang sesuai.
                    4. Gangguan ibu bapa atas perjumpaan dengan guru .
Penambahbaikan : 1. Mengadakan sesi soal jawab untuk menarik perhatian  .
                                   2. Memberi ganjaran kepada murid yang menguasai bacaan.


          




Program Anak Angkat

Objektif : Memastikan semua murid LINUS 1-2 dapat menguasai konstruk yang        
                  diuji dalam saringan.                 
Tempoh  : Julai hingga Disember
Tempat : Kelas dan bilik guru
Guru yang terlibat : Semua guru sesi petang.
Kekangan : 1. Motivasi murid untuk belajar rendah.
                    2. Sebahagian murid ponteng sekolah.
                    3. Guru tidak mempunyai masa perjumpaan yang mencukupi.
Penambahbaikan : 1. Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa untuk
                                      meningkatkan pencapaian murid.
                                  2. Mempermudahkan cara p&p untuk meningkatkan
                                      penguasaan murid.













Tahun/BIL. MURID
LINUS 1-2
LINUS 3-9
ARUS PERDANA
2010
10
50
315
2011
5
20
355
2012
0
0
375







                     

No comments:

Post a Comment